Teman, aku mohon ampun padamu. Tidak ku tahu apa yang harus aku katakan kepadamu untuk menyenangkan dirimu. Aku tahu kau dalam kesedihan. Percayalah, Allah swt membantu hambaNya yang kesusahan dan kesulitan. Allah swt menguji setiap umat Islam. Bukan untuk suka-suka, bahkan untuk membuat umat Islam tabah dalam menerima segala ujianNya. Kau salah seorang yang bertuah kerana berpeluang untuk mengharunginya. Kuatkanlah Imanmu, agar sentiasa tabah dalam segala halangan.
: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada
dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)..
Betapa besar kurniaan ALLAH swt ini. Sama-sama kita ambil iktibar :)
#aku dapat berita pakwe kawan aku kena tumor otak. Lupa ingatan sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan, dengan izin Allah, dia akan tabah menerima dugaan ini. Berat rasa hati mendengar, berat lagi pakwe dia menanggung derita :')

No comments:
Post a Comment